Thursday, October 4, 2012

MAAF


MAAF

Satu perkataan yang sangat ringkas. Tapi memberinya adalah sangat payah. Nak menghulurkannya sangat susah. Walaupun diminta berkali-kali. Kalau tak dipinta, lagilah sukar nak diberi.
Tapi, siapa cakap nak buat baik tu senang? Siapa cakap nak Allah redha tu mudah? Lagi-lagi syaitan sentiasa saja nak menghasut kita untuk jadi macam dia, kufur nikmat, tak reti bersyukur dan tak suka memaafkan orang lain...
"Iblis berkata, oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [surah al A-raaf:16-17]
Memaafkan memang susah. Sakit hati, pedih hati, memang payah nak lupa. Tapi cuba fikir sejenak, relakah kita kalau Allah tak nak maafkan kita macam kita enggan maafkan orang??
............ *berfikir*
Fikirlah, mesti tak rela. Mesti tak mahu. Dan sebenarnya, memaafkan manusia lain itu satu cara juga untuk mendapat ampunan Allah, insyaAllah. Hati jadi redha dan pasrah. Segala yang terjadi adalah dari Allah jua.. :)
Jangan jadi macam syaitan pls.... Tengok kat ayat tu apa dia cakap? Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat... Nah, dia pergi salahkan Allah pulak padahal dia yang sesat!! Sebenarnya, tanpa sedar kita pun boleh terbuat perkara yang sama. Salahkan takdir, kenapa macam ni, kenapa macam tu. Kenapa aku yang derita orang lain bahagia? Kalaulah kalaulah kalaulah... Hurm
Nauzubillahiminzalik~
Percayalah, bukan mudah nak maafkan orang. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu nak maafkan kesalahan orang lain, lagi-lagi kesalahan yang besar, yang buat kita sakit dan derita. Hanya orang yang berhati tabah sahaja mampu memberi maaf sebelum dipinta.

Percayalah jugak, Allah ada, akhirat ada. Allah tak kan sia-siakan hambaNya yang nak buat kebaikan. Susah nak maafkan orang? Mintak Allah permudahkan. Akhirat itu ada. Serahkan pada Allah, kat sana nanti semuanya akan terbalas.. Jadi jangan risau, jangan sedih :)
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [surah Al-Zalzalah: 7-8]
Kita maafkan orang = kebaikan
Orang menyakiti kita = kejahatan

Monday, June 4, 2012

Hakikat Ikhlas dan Penyakit Lupa



Assalamualaikum Warahmatullah
 
1. Bagaimanakah cara kita mahu ikhlaskan hati apabila melakukan sesuatu kerja atau amalan?.
Hati saya selalu tidak tenang disebabkan selalu tidak ikhlas dalam sesuatu. Walaupun saya sering beristighfar, zikir , baca quran dan lain-lain untuk menghilangkan rasa riak tadi tetapi saya masih susah hendak menghindarkan diridaripada perasaan riak.
Seringkali juga saya rasa tertekan dengan keadaan diri saya yang begini. Saya amat 
mengharapkan keredaan Allah. Bolehkah Allah meredai saya yang berkeadaan begini?

2. Bagaimana caranya kita ingin merawat penyakit lupa?.

Hamba Allah...



Jawapan :
 
1. Persoalan ikhlas adalah merupakan perkara pokok dalam ibadat. Sesuatu ibadat dinilai oleh Allah berdasarkan kepada ukuran keikhlasan kita terhadap Allah.Alhamdulillah Allah telah membuka hati saudara untuk mengetahui hakikat ikhlas. Semoga sama-sama kita dapat memahami seterusnya menghayati hakikat keikhlasan kepada Allah. Saya rasa elok kiranya kita sama-sama teliti ungkapan -ungkapan ulamak tasawwuf dan membincangkan persoalan iklas: ( Risalah Al-Qusyairiyyah)

i - nabi SAW ditanya: Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Lalu baginda bersabda: "Aku telah bertanya Jibril Alaihissalam tentang ikhlas, lalu Jibril berkata: Aku telah bertanya Allah tentang ikhlas. Lalu Allah berfirman: Ikhlas adalah rahsia daripada rahsia ku dimana aku campakkan kedalam hati sesiapa yang aku suka daripada kalangan ummah ku".

ii - Abu Ali Ad-Daqqaq berkataq :Ikhlas adalah penjafgaan diri daripada pujian manusia" Ini bermakna tidak berbangga dengan amalan yang dilakukan.

iii - Abu Ya'kob As-Suusi berkata: "Apabila sesorang itu mendapati ikhlas dalam keikhlasan amalannya, percayalah bahawasanya keikhlasan itu perlu kepada ikhlas".

iv - Sahl bin Abdullah berkata: " Orang yang benat-benar ikhlas sahaja yang mengetahui hakikat riak".

V - Abu Othman Al - Hariri berkata: " Ikhlas adalah kamu melupakan pandangan manusia dengan sentiasa manumpukan pandangan kepada pencipta".

vi- Huzaifah al- Mura'syi berkata: "Ikhlas adalah perbuatan zahir sama dengan perbuatan batin (niat) ".

vii- Al-Fadhil bin Fayyadh berkata: " Meninggalkan amalan kerana menusia adalah riak, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik. Dan ikhlas adalah kamu dijauhkan daripada 2 perkara diatas.

viii- Seorang ulamak ditanya mengenai ikhlas lalu lelaki berkata:" Kamu tidak tunjukkan amalan kamu kecuali kepada Allah semata-mata"

Keikhlasanjuga boleh dihasilkan dengan kita melahirkan pada diri kita rasa bahawa Allah Taala sentiasa mengawasi kita serta kita perhatikan oleh Allah setiap setik dan tika. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :" Darjat ihsan adalah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Sekiranya kamu tidak melihatnya sesungguhnya dia melihat kamu". Setwlah wujudnya perasaan ini, kita rasakan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah, segala amalan kita tentunya kedanya sahaja tanpa memandangkan kepada pujian menusia atau meminta supaya kita disepanjang daripada amalan kita.



Cara- cara ini mendatangkan keikhlasan didalam amalan seharian:-

1. Sentiasa menghadirkan niat dalam setiap didalan perbuatan kita sehinggakan perkara-perkara yang remeh. Sepertimana yang dilakukan oleh seorang tabi;iin Abdul Rahmaan bin Yazid. Beliau tsentiasa berniat ketika melakukan sesuatu sehinggakan makan dan minum.

2. Cuba tanamkan didalam hati perasaan bencikan pujian daripada hasil amalan kita. Kita lakukan amalan didunia adalah sebagai bekalan untuk berhadapan dengan Allah bukannya amalan itu untuk kepentingan duniawi denan mendapatkan kemasyhuran dan lain-lain. Di perhimpunan Mahsyar besok , Allah Taala mencabar orang yang riak supaya dia memanggil orang-orang kerannyan dia dilakukan amalan supaya mereka menolong si riak tadi dihadapan Allah.

3. Sentiasa memuhasabah setiap amalan yang dilakukan samaada benar-benar kerana Allah ataupun sebaliknya. Biasanya kita mengetahui keadaan niat kita. Kalau kita rasa kita tidak ikhlas, bersegeralah bertaubat serta beristighfar kepada Allah. Natara sifat orang yang benar-benar ikhlas dengan Allah, perasan bahawa amalan kita tidak akan diterima oleh Allah lalu, bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat mengikut khendak Allah.

4. Ulamak telah menyebut dua syarat penting, supaya amalan kita diterima oleh Allah. Pertama, Ibadat yang betul dan bertepatan dengan kehendak syariat, dan yang keduanya yang benar-benar ikhlas kepada Allah.

5. Membiasakan diri dengan melakukan ibadat secara bersendirian dan jauh daripada pandangan umum. Serta kita tidak suka kalau amalan kita di ketahui umum. Salah satu cara terbaik adalah bangun sembahyang malam ketika mana orang nyenyak. Waktu ini kita hanya keseorangan bermunajat kepada Allah serta doa pada waktu itu dimakbul oleh Allah Taala.

6. Tidak tertipu dengan pujian umum tentang kita serta sentiasa beristihgfar jika dipuji serta menerangkan bahawa segala puji hanya layak bagi Allah. Sentiasa bertawaddu' dengan pujian orang menyedari bahawa amalan yang kita lakukan tidak dapat untuk membalas nikmat yang telah Allah Taala anugrahkan kepada kita. Kalau kita di puji, kita disunatkan supaya membaca doa ini:



 

7. Cuba letak didalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan hanya semata-mata mengharapkan keredaan Allah bukannya mengharaokan balasan manusia serta pujian mereka.

8. Di antara tanda keikhlasan adalah sifat sabar diatas jalan Allah . Sesungguhnya amalan yang dilakukan tidak semestinya mendapat balasan segera. Kadang-kadang kita mudah putus asa serta diselimuti oleh perasaan malas. Amalan yang ikhlas hasilnya besar disisi Allah Taala walaupun kita tidak menikmatinya didunia.

9. Orang yang benar-benar iklas akan akan merasakan kenikmatan dalam beribadat, lalu dia sentiasa mempertingkatkan daya keimanan dengan menambahkan amalan-amalan sunatnya sehngga dia mencapai taraf kekasih Allah yang setiap permintaan dikabulkan Allah.

10. Menjauhkan diri daripada berbangga diri sendiri dan amalan yang dilakukan disamping mengelak daripada suka meninggikan diri sendiri.

11. Sentiasa berdoa kepada Allah Taala agar dijauhi daripada sifat riak. Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk mengelakkan diri daripada sifat riak. Hendaklah dibaca pagi dan petang








CARA MERAWAT PENYAKIT LUPA


 Penyakit lupa adalah salah satu fitrah manusia. Cuba keadaannya berbeza diantara satu sama lain. Saudina Adam Alaihissalam kalau tidak kerana lupanya akan perintah Allah supaya menjauhi pokok larangan nescaya tidak akan dilemparkan kedunia ini. Begitu juga Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: 

"Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku"

Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil 'insan' dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah 'lupa' sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan "sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia. Imam Hasan Al-Basri berkata:"Kalaulah tidak kerana sifat lupa, nescaya kamu tidak ada dapati manusia berlalu lalang dijalanan". Ungkapan Hassan Al-Basri bermaksud, kalau tidak ada sifat lupa, nescaya semua berlumba-lumba melakukan ibadat kepada Allah sehinggakan tidak sempat langsung untuk urusan dunia, kerana mendapati perkara akhirat adalah segala-galanya.

 Lupa adalah penyakit bagi ilmu, sebagaimana Imam Hassan Al-Basri berkata:  

"Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang "

Antara penyebab kepada lupa adalah kemaksiatan yang dilakukan oleh sesorang. Perkara ini telah disebut oleh sahabat Ibnu Masu'ud RA:  

"Aku beranggapan bahawa sesorang itu melupai ilmu yang dipelajarinya disebabkan oleh dosa-dosa yang dilakukannya"

Diriwayatkan daripada Imam Abu Hanifah RA apabila beliau buntu dengan satu-satu masalah beliau berkata kepada muridnya: 

 " Ini adalah datangnya daripada dosa yang telah aku lakukan"

 Lalu beliau terus saja beristighfar dan bersembahyang solat taubat lalu telah dibuka kepadanya pintu penyelesaian lalu beliau berkata: 

" Kemungkinan aku telah diampunkan oleh Allah". 

 Seorang lagi ulamak bernama Wakii' bin Al-Jarrah dikatakan bahawa beliau telah dianugerahkan dengan ingatan yang kuat lalu beliau ditanya, apakah ubat kuat ingatan? Lalu beliau menjawab:

 "Kamu menjauhi maksiat"

 Satu lagi kisah sebagai tauladan. Imam Syafie juga antara tanda keajaiban kerana hafalannya sehingga dikatakan ketika membaca kitab, beliau terpaksa menutup sebelah kitab dikhuatiri matanya akan terpandang pada yang sebelah lagi dan terhafal. Satu hari hafalannya agak tumpul, lalu beliau dapati ia adalah kesan daripada susu kambing yang memakan tanaman orang lain tanpa izin. Sebab itu kita perhatikan ulamak dulu cukup mengambil berat persoalan makan minum dan manjauhi maksiat.

 Antara cara-cara lain untuk menguatkan ingatan adalah seperti berikut:-

1. Perbanyakkan bacaan Al-Quraan supaya hati kita bercahaya.

2. Biasakan diri kita menghafal Al-Quraan. Ini boleh menajamkan otak.

3. Terus beramal dengan ilmunya yang dipelajari. Biasanya ilmu yang diamalkan susah untuk dilupai.

4. Membiasakan diri dengan meminum madu lebah seperti yang dilakukan oleh Imam Az-Zuhri seorang tabi'iin.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dikurniakan ilmu dan dapat beramal dengan ilmu yang dipelajari.






Wallahuaklam...

'Tudung Labuh' Benteng Kemungkaran



Agama Islam amat menitik beratkan soal penutupan aurat bagi setiap umatnya. Media massa hari ini juga sering mengwar-warkan kempen penutupan aurat ini. Terutamanya penutupan aurat bagi kaum Muslimah.
Tetapi apakah kesan daripada itu, adakah ramai mengambil iktibar daripada kempen itu, atau ianya sekadar maklumat tambahan yang harus didengar sahaja tanpa ada sebarang tindak balas terhadapnya? Seperti kata pepatah "umpama mencurahkan air ke daun keladi" Begitulah simboliknya jika maklumat yang disampaikan itu tidak diambil peduli oleh yang mendengar.

Sebagai permulaan bicara, diri ini sebagai seorang remaja kampus, seorang Muslimah yag masih cetek ilmu agamanya yang sedang berusaha memperbaiki diri bagi mengejar redha Ilahi. Meletakkan tanggungjawab mencari ilmu mengatasi perkara yang lain. Mengimpikan diri agar menjadi wanita solehah sebagaimana yang dituntut oleh Sang Pencipta. Rasulullah pernah bersabda: "Sesungguhnya dunia ini perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita Solehah." Hadis ini seringkali menjadi motivasi ketika diri diuji indahnya perhiasan duniawi.

Hati rasa sedikit cemburu melihat penampilan rakan-rakan sebaya yang cantik bergaya mengenakan perhiasan tudung seperti selendang atau tudung segera yang berwarna-warni, berbagai bentuk dan beraneka corak mengikut gaya lilitan yang segala bagai dengan mengenakan busana yang moden lagi kontemporari. Ini sudah pasti akan menyerlahkan lagi si pemakainya dan dengan itu mereka akan menjadi tumpuan mata-mata ghairah si arjuna yang dahagakan kecantikan zahiriah wanita semata.



Diri yang lemah imannya ini terus diuji. Minda berputar ligat berimaginasi, bisik hati kecil ini 'Alangkah bagusnya jika aku berpakaian seperti mereka, sudah pasti aku juga akan kelihatan cantik dan pasti setiap mata arjuna tidak lepas daripada memandang keindahanku, selama ini aku berpakaian umpama membungkus diri yang tidak menampakkan apa-apa bentuk tubuh dan gaya tarikan yang menawan, mustahil untuk lelaki memandang dan mendekatiku.'

Diri ini segera beristighfar tatkala tersedar dari kelalaian mendengar bisikan syaitan itu. Seringkali terasa penampilan diri ini ketinggalan zaman dan tidak mengikuti arus transformasi fesyen terkini, kerana hanya pandai mengenakan tudung labuh yang warnanya tidak terang, serta memakai jubah dan baju kurung yang bercorak biasa sahaja. Alangkah sederhananya penampilan diri ini jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya yang lain.

Hati juga turut terusik melihat rakan-rakan sebilik yang rancak berdandan lama menghiaskan wajah dengan solekan beralaskan bedak, celak dan gincu yang agak tebal di hadapan cermin. Ini sudah pasti akan mengiurkan mata-mata yang memandangnya. Berbanding diri ini yang hanya menghamparkan wajah tanpa secalit solekan dan hanya beralaskan sedikit bedak bagi mengelakkan wajah dari kelihatan pucat dan tidak bermaya kepada rakan-rakan. Masa yang diambil untuk bersiap juga hanya sekejap.

Selain itu, rakan-rakan juga sering mengajak untuk keluar berseronok ke tempat-tempat membeli-belah, tempat keramaian dan sebagainya. Tetapi diri ini menolak dengan cara yang baik. Penolakan ini kerana timbul perasaan rendah diri untuk berada di khalayak ramai di samping rakan-rakan yang berhias cantik bergaya. Berbanding diri yang serba sederhana dalam penampilan. Jika diri ini pergi juga mungkin tidak pandai untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sana juga. Lebih baik berehat di rumah sahaja dan menyiapkan tugasan perlu diselesaikan.

Mungkin disebabkan perkara itu mereka tidak senang dengan sikap diri ini yang agak pelik pada pandangan mereka. Pada usia ini, menjadi lumrah setiap remaja untuk mempunyai pasangan kekasih masing-masing. Bagusnya mereka kerana sudah mempunyai teman lelaki yang boleh menumpang kasih. Tetapi diri ini hanya bertemankan keluarga semata, selain Allah dan Rasul yang pertama. Tiada insan bernama lelaki yang boleh memadu kasih, tiada insan istimewa yang sudi memberi kasih. Bagaimana diri ini mahu berkahwin kelak jika tidak mencari pasangan mulai sekarang? Persoalan itu sering terngiang-ngiang di sanubari.

Hal ini juga dapat dirasakan apabila rakan-rakan lelaki seolah-olah menjauhi dan tidak mahu mendekati diri ini, hanya urusan penting sahaja mereka akan datang berurusan. Tetapi diri ini tidak pernah mengambil kisah berkenaan hal itu kerana dalam Islam menuntut kita untuk berkomunikasi dengan lelaki atas dasar kerja dan perkara-perkara penting sahaja. Ini sudah pasti akan dapat menyelamatkanku dari segala fitnah sekiranya diri ini dilihat bersama lelaki ajnabi. Pada hakikatnya, berdasarkan pemerhatianku, memang rakan-rakan lelaki suka bergaul rancak dengan rakan-rakan perempuan lain yang berpenampilan cantik dan tidak pula dengan perempuan yang berpenampilan biasa sepertiku. Kenapa situasi ini terjadi?

Lantaran itu, wujud pelbagai persoalan dalam diri ini. Perasaan sedih dan ingin tahu berpadu menjadi satu. Hati bermonolog sendirian, 'Apakah kekurangan diri ini yang bisa meletakkan diri di tahap itu.' Kemusykilan ini telah diluahkan kepada seseorang yang arif yang boleh mendengar perkongsian jiwa dan dapat memberikan nasihat yang membina. Katanya "Usah bersedih, ini semua hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini."

Jawapan ringkas ini meyebabkan diri kebingungan, apakah maksud di sebalik kata-kata itu. Tatkala melihat diri seolah tidak mengerti, beliau terus menyambung bicara dan menghuraikan satu persatu bagi setiap yang berlaku supaya jawapannya dapat difahami dengan jelas.

Setelah mendengar penjelasan itu, hati sedikit berbunga. Persoalan sudah pun terjawab. Menurut kata-kata beliau,"Kamu ingin tahu kenapa lelaki tidak mendekati diri kamu?, kerana sebenarnya dia segan untuk mendekati perempuan yang menjaga auratnya, mana mungkin dia dapat bertegur dengan galak sedangkan dia tahu kamu bukan seperti perempuan kebanyakan sebab itulah dia berurusan atas dasar kerja sahaja.

Kemudian kenapa kamu tidak dapat perhatian lelaki?, bukan kerana kamu tidak cantik tetapi disebabkan penampilan menutup aurat kamulah menyebabkan lelaki tidak memandang kamu dengan berlebihan. Kamu risau kerana tidak pandai bersosial, itu adalah sebaiknya kerana Islam melarang wanita keluar dari yang bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Jadi adalah elok bagi kamu berada di rumah dan menyiapkan tugasan kamu.

Selain itu, kamu merasa kamu tidak cantik dan berasa rendah diri kerana penampilan kamu yang agak ketinggalan zaman. Sebenarnya tidak, pemakaian sebeginilah yang dituntut syarak. Dalam hadis ada menyatakan: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Allah melihat kepada hati kamu dan dan amalan-amalan kamu" Biarpun pakaian luaran tidak cantik tetapi pakaian dalaman itu yang harus dicantikkan dahulu kerana Allah menilai hati kamu bukan paras rupa.

Jadi kamu tidak perlu bersusah-payah berusaha mencantikkan diri bagi memancing mata lelaki untuk, tetapi hiasilah diri kamu dengan akhlak yag mulia mengikut acuan A-Quran dan As-Sunnah. Ini sudah pasti dapat membiaskan kecernihan pada wajah kamu secara langsung mejadikan kamu bukan sahaja cantik luaran tetapi dalaman juga."


Kamu bimbang jika tidak mencari pasangan sekarang kamu tidak akan berkahwin?, jawapannnya tidak. Bukankah kamu yakin dengan janji Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik."

Jika kamu menjauhi percintaan sebelum kahwin ini juga dapat mengelakkan dirimu daripada berlakunya penzinaan. Bertepatan dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

Di sini jelas bahawa Allah telah mengaturkan pasangan yang sesuai bagi setiap umatNya.
Setelah meneliti jawapan yang diberikan oleh beliau, barulah dapat difahami kata-kata beliau sebentar tadi iaitu "Usah bersedih, ini adalah hikmah di sebalik apa yang kamu pertahankan selama ini." Maksud mempertahankan di sini ialah mempertahankan memakai pakaian menutup aurat, tidak mudah terikut dengan cara pemakaian rakan-rakan yang lain. Jika diri tidak kuat sudah pasti akan diikutkan sahaja gelojak nafsu berbisa itu. Dan hikmahnya ialah diri ini dapat terhindar daripada segala kemungkaran.

Oleh itu, dapatlah diri ini membuat kesimpulan bahawa menerusi pemakaian yang menutup aurat seperti bertudung labuh dan berjubah inilah yang akan menjamin pembentukan sakhsiah diri yang mampu menjadi benteng segala kemungkaran. Pasti ramai yang akan mengatakan pakai tudung labuh dan berjubah pun belum tentu hatinya baik. Tetapi jika wanita yang berpakaian sebegini benar-benar menjaga batas-batas yang digariskan syarak sudah pasti akan menggapai martabat wanita solehah disertai dengan perhiasan akhlak yang indah. Ini kerana dari pemakaian luaranlah yang akan membentuk peribadi akhlak dalaman.

Wahai Muslimah harapan, coretan kisah ini bukan berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Tetapi coretan ikhlas sebagai pengetuk minda yang terleka dengan permainan duniawi disamping nasihat yang membina. Tahniah diucapkan kepada Muslimah yang dapat memelihara auratnya, semoga terus istiqomah. Manakala selamat datang pula bagi yang mula menyemai kasih untuk menutup aurat. Ruang untuk kamu berubah masih luas. Bersegeralah meraihnya sebelum nafasmu hilang bicara. Nescaya kamu juga akan menjadi wanita seindah perhiasan yang akan beroleh banyak hikmah yang tidak dapat disangkal darinya.

Saturday, May 26, 2012

19 HADIS MENGENAI WANITA....





1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan .

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
   

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya". 



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. 

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga. 

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." 

Friday, May 25, 2012

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)























Thursday, March 22, 2012

Kekuatan Agama: Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Kekuatan Agama: Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W: "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untu...

Wednesday, March 21, 2012

Istimewanya Menjadi Wanita

Kekuatan Agama: Istimewanya Menjadi Wanita: ISTIMEWANYA MENJADI WANITA. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan n...