Thursday, October 4, 2012

MAAF


MAAF

Satu perkataan yang sangat ringkas. Tapi memberinya adalah sangat payah. Nak menghulurkannya sangat susah. Walaupun diminta berkali-kali. Kalau tak dipinta, lagilah sukar nak diberi.
Tapi, siapa cakap nak buat baik tu senang? Siapa cakap nak Allah redha tu mudah? Lagi-lagi syaitan sentiasa saja nak menghasut kita untuk jadi macam dia, kufur nikmat, tak reti bersyukur dan tak suka memaafkan orang lain...
"Iblis berkata, oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". [surah al A-raaf:16-17]
Memaafkan memang susah. Sakit hati, pedih hati, memang payah nak lupa. Tapi cuba fikir sejenak, relakah kita kalau Allah tak nak maafkan kita macam kita enggan maafkan orang??
............ *berfikir*
Fikirlah, mesti tak rela. Mesti tak mahu. Dan sebenarnya, memaafkan manusia lain itu satu cara juga untuk mendapat ampunan Allah, insyaAllah. Hati jadi redha dan pasrah. Segala yang terjadi adalah dari Allah jua.. :)
Jangan jadi macam syaitan pls.... Tengok kat ayat tu apa dia cakap? Oleh kerana Engkau menyebabkan aku tersesat... Nah, dia pergi salahkan Allah pulak padahal dia yang sesat!! Sebenarnya, tanpa sedar kita pun boleh terbuat perkara yang sama. Salahkan takdir, kenapa macam ni, kenapa macam tu. Kenapa aku yang derita orang lain bahagia? Kalaulah kalaulah kalaulah... Hurm
Nauzubillahiminzalik~
Percayalah, bukan mudah nak maafkan orang. Hanya orang yang berjiwa besar sahaja mampu nak maafkan kesalahan orang lain, lagi-lagi kesalahan yang besar, yang buat kita sakit dan derita. Hanya orang yang berhati tabah sahaja mampu memberi maaf sebelum dipinta.

Percayalah jugak, Allah ada, akhirat ada. Allah tak kan sia-siakan hambaNya yang nak buat kebaikan. Susah nak maafkan orang? Mintak Allah permudahkan. Akhirat itu ada. Serahkan pada Allah, kat sana nanti semuanya akan terbalas.. Jadi jangan risau, jangan sedih :)
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [surah Al-Zalzalah: 7-8]
Kita maafkan orang = kebaikan
Orang menyakiti kita = kejahatan

No comments:

Post a Comment